Selain mengajar, guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah dengan memaksimumkan peluang pembelajaran murid-murid.
Lemlech (1979) mendifinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum.
Selain mengajar, guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah dengan memaksimumkan peluang pembelajaran murid-murid.
Lemlech (1979) mendifinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Pengurusan bilik darjah merupakan satu set pengajaran tingkah laku yang kompleks untuk membentuk dan memupuk suasana bilik darjah yang dapat menyumbang kepada pengajaran yang cekap dan berkesan (effective and efficient constructions). Oleh yang demikian, tujuan pengurusan adalah satu usaha membentuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang dapat memudahcarakan pengajaran yang cekap dan berkesan.
Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah,mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa seorang pelajar memenuhi kebanyakkan masa menuntutnya dibangku sekolah. Jadi suasana bilik darjah merupakan suasana penting dalam memupuk kecerdasan emosi selain daripada suasana dirumah.