RSS

Uji Diri1

 
Leave a comment

Posted by on September 28, 2011 in Latihan

 

Soalan Kemahiran Hidup

Koleksi Soalan – Peperiksaan KH

Koleksi Soalan – SK Senai Utama

Koleksi Soalan – SK Ayer Manis

Koleksi Soalan – SK Sayong Pinang

Koleksi Soalan – SK Bandar Tenggara 1

Koleksi Soalan – SK Taman Kota Kulai 2

 
Leave a comment

Posted by on September 28, 2011 in Latihan

 

Langkah Keselamatan (Amalan 4M)

Membersih

  • Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat.
  • Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.
  • Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.
  • Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu:
    1. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah). Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering. Manakala jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair.
    2. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi

Menyusun Atur

  • Guna alat mengikut kegunaannya.
  • Simpan alat di tempat yang betul.
  • Menilai Diri dan Tempat Kerja.
  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tak berminyak.
  • Mendisiplin.
  • Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Menilai Diri dan Tempat Kerja

  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tidak berminyak.

Mendisiplin

  • Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

 

sumber : http://kemahiranhidupbestari.blogspot.com/2009/07/langkah-keselamatan-amalan-4m.html

 
Leave a comment

Posted by on September 28, 2011 in Info

 

Bagaimana guru perlu menguruskan BILIK DARJAH

Selain  mengajar, guru  memainkan   peranan   sebagai   seorang   pengurus   di   dalam  sesebuah   bilik darjah. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal  disiplin pelajar  di  dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah dengan memaksimumkan peluang pembelajaran murid-murid.
Lemlech (1979) mendifinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum.
Selain  mengajar, guru  memainkan   peranan   sebagai   seorang   pengurus   di   dalam  sesebuah   bilik darjah. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal  disiplin pelajar  di  dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah dengan memaksimumkan peluang pembelajaran murid-murid.

Lemlech (1979) mendifinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Pengurusan bilik darjah merupakan satu set  pengajaran tingkah laku yang kompleks untuk membentuk dan memupuk suasana bilik darjah yang dapat menyumbang kepada pengajaran yang cekap dan berkesan (effective and efficient constructions). Oleh yang demikian, tujuan  pengurusan adalah satu usaha membentuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang  dapat memudahcarakan pengajaran yang cekap dan berkesan.

Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan     strategi   guru   untuk   mengekalkan   peraturan   bilik darjah,mewujudkan  suasana bilik darjah yang kondusif,  menghadapi  tingkahlaku  murid   serta  menarik   perhatian  murid   bagi  memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa seorang pelajar memenuhi kebanyakkan masa menuntutnya dibangku sekolah. Jadi suasana bilik darjah merupakan suasana penting dalam memupuk kecerdasan emosi selain daripada suasana dirumah.

 
Leave a comment

Posted by on September 28, 2011 in Info

 

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Apakah Yang dimaksudkan dengan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah?
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah bertujuan membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerjabuat-sendiri serta cenderung berusahaniaga dan mereka cipta

 
Leave a comment

Posted by on September 15, 2011 in Info